Friday, January 23, 2009

Bola sepak n SKOLAH RENDAH

5-0. Malaysia kalah lagi. Jurulatih, FAM semuanya disalahkan. Tapi ramai pihak terlepas untuk dipersalahkan. Menang,betul le. Kalah, salah le. Tu le yg boleh kita lakukan. Tapi perkara akar umbi buat-buat tak nampak. Anak-anak sekarang mak bapak pun tak nak suruh main bola lagi. Kalau camtu suruh le anak main squash ke badminton ke. Tapi tak pulak dihantar anak gi main kat dalam kotak, hentam-hentam bola ke dinding. Alasannya mahal kosnya, t akde tempat main le. Apa-apa je. Macam-macam alasan. Tapi anak bila dah besar panjang , main bola untuk Malaysia, Pak Arab datang hadiahkan 5 biji telur, marah plak. Come on le. FAM tak abis jadi tempat tadah hina-dina penyokong. Beli tiket mahal-mahal, mau tak hambur hina-dina kat FAM(tgk game Msia free je). Dah boring kutuk FAM, alih lak kat juruletih. Punya letih India tu, dia hambur je kat press conference. "LIGA KITA TERUK". Tapi masih lagi tak dapat den nak menolong.

Kat mana salahnya sukan Malaysia nie. Takde mana salahnya. Nicol boleh je. Datuk raket boleh je. No hal pun. Tapi permainan bola sebiji kejar ramai-ramai ni tak boleh-boleh lagi. Apa masalahnya sebenarnya nie. Nak kata kerajaan tak sediakan kemudahan dari akar umbi. Tak jugak. Macam2 program dilaksanakan kat sekolah rendah. Sekolah rendah?? Apa kejadahnya sekolah rendah ngan bola sepak nie. Inilah sebenarnya masalah besar negara pasukan bola sepak kita kemam tak terkata-kata. Aku ngajar skolah rendah tapi salahkan sekolah. Salah tetap salah. Program yang dibuat macam-macam. Tapi berkesan ke. Ada hasil ke? Takde le. Kalo ada dah lama bola sepak kita maju. Segala perlaksanaan dari mula dah salah. Macam keta depan dah kena langgar kendian datang lagi dari belakang pun langgar. Tu le situasinya bola sepak.

Perlaksanaan di sekolah rendah untuk mencari bakat-bakat muda amat lah menyedihkan. Segala-galanya dilakukan dengan serba kekurangan dan kurang efisien. Memang lah ada pemilihan ke peringkat daerah dan negeri tapi adakah bakat tu diasah sebaik-baiknya. Aku ada kawan masa darjah 6 yang sepak kuat. Kalo dia sepak bola, keeper tu umur 25 pun tak boleh tangkap. Tapi, aku tak dengar pun cite dia. Senyap.

Kalau dah pilih adakah latihan yang dilakukan betul-betul memadai atau dengan kata lain betul-betul bagi latihan pada budak-budak bawah 12 nie? Masa ni le nak dibentuk kaki-kaki dan mental seorang pemain bola. Tapi latihannya sekadar di pinggiran. Akhirnya teratai layu di tasik madu. Saya pernah tengok latihan Yang Yang, jurulatih akademi swasta sukan badminton. Latihannya menjerihkan dan menakutkan. Memang cam komunis. Tapi latihan macam tu le baru dipanggil latihan. Pemain-pemain dilatih kuatkan mental jangan mudah mengalah. Tapi kalau latihan bola sepak. Entah lah.

Sekolah rendah lah tempat lubuk segala bakat-bakat muda. Memang betul kita ada program akar umbi yang baik. Tapi setakat program tanpa perlaksanaan yang baik, program tinggal program. Tapi kita pun lepas nie aku cadangkan tak payahlah nak war-war lagi pasal bola sepak. Tak payah nak megah-megahkan sangat liga Malaysia. Buat tak tau je. Gaji pemain pun bagi ciput je. Kalo dia rasa tak cukup jangan main bola. Kalo nak main gak cari le keje part time, jual unit trust ke insurans ke. Tak perlu import pemain, tak perlu antar player main kat luar. Tak perlu antar friendly kat luar. Tunggu je orang ajak main kat Malaysia. Tu pun kalau ada. Kita lak tak perlu le nak kutuk-kutuk lagi. Aku rasa kita ni banyak sangat kutuk pemain-pemain, jadi psycho tak abis le diaorang. Cuba lepas nie buat tak tau je. Tu sebab Nicol leh menang juara dunia sebab kita tak penah war-war lebih pasal Nicol. Kita buat tak tau je. Bila dah juara dunia baru le kita tergedek-gedek nak tgk squash. Apa kata banyakkan dinding kat sekolah. Senang aku ajar budak-budak nie bantai bola ke dinding. Lahirkan pelapis Juara Dunia.

Akhir kata, majulah sukan untuk duit poket. Bola sepak n Sekolah rendah? Mana boleh dipisahkan. Selalu orang kutuk player pun mesti cakap, cam main budak-budak sekolah.
So macam adik-beradik le sekolah rendah n bola sepak.

No comments:

Post a Comment